×

Notis Privasi

Notis Privasi Untuk Pelanggan

  1. Umum

    Affin Bank Berhad, Affin Islamic Bank Berhad dan Affin Hwang Investment Bank Berhad adalah (di antara yang lain) entiti di bawah Kumpulan AFFIN. Di Kumpulan AFFIN, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

    Kumpulan AFFIN hanya akan mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda mengikut undang-undang berkenaan (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010), Notis Privasi ini dan/atau terma privasi dalam mana-mana perjanjian yang anda mungkin telah atau akan meterai dengan mana-mana entiti di bawah Kumpulan AFFIN.

    Notis Privasi ini menerangkan:

    • Apakah jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan
    • Mengapa dan bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda
    • Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda
    • Pendedahan maklumat peribadi anda
    • Keselamatan ke atas maklumat peribadi anda dan bagaimana cara ia disimpan
    • Pilihan yang kami tawarkan, termasuk cara mengakses dan mengemaskinikan maklumat peribadi anda serta bagaimana cara untuk membuat pertanyaan atau aduan berkenaan maklumat peribadi anda

    Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

    • "Kumpulan AFFIN" merujuk kepada Affin Bank Berhad (ABB), Affin Islamic Bank Berhad (AIBB), Affin Hwang Investment Bank Berhad (AHIBB), termasuk cawangannya, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan/atau mana-mana entiti yang berkaitan di bawah Kumpulan AFFIN.
    • "Maklumat peribadi" merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini termasuk, diantaranya, nama anda, alamat, pekerjaan, butiran untuk menghubungi anda, butiran akaun anda, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang dilanggan dan apa-apa maklumat lain yang perlu mengenai diri anda dan transaksi anda dengan kami. Untuk mengelakkan keraguan, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya digunapakai jika anda seorang individu.

    Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi anda selaras dengan Notis Privasi ini.

    Sekiranya anda bertindak sebagai bagi pihak syarikat dan/atau organisasi yang membekalkan maklumat peribadi para pegawai, pekerja, penandatangan yang diberi kuasa, pengarah, rakan kongsi, pemegang saham individu, penjamin individu, pembekal sekuriti individu, pembekal/vendor dan/atau pihak berkaitan ("individu tersebut") kepada kami, anda telah mewarankan bahawa kebenaran mereka telah diperolehi dan telah mengemukakan Notis Privasi ini untuk perhatian setiap individu yang berkaitan.

  2. Mengapa dan bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda

    Untuk membolehkan kami mengendali pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan akaun atau fasiliti untuk anda dan/atau untuk secara amnya memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan kami, kami bermungkinan perlu atau kemungkinan diperlukan untuk mengumpul, merekod, memegang, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu "memproses") maklumat peribadi anda dan kewangan bagi tujuan pengenalpastian, kesahihan dan pengesahan.

    Kami mungkin akan mendapatkan maklumat-maklumat ini daripada anda dan daripada pelbagai sumber lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    • melalui hubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan, apabila menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami, apabila mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan, pertandingan dan promosi, dan semasa semakan kewangan;
    • melalui komunikasi lisan dan bertulis anda dengan kami dan/atau ejen yang diberi kuasa oleh kami;
    • daripada pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti majikan, pembekal sekuriti (contoh: penjamin sekuriti), penjamin, tertakluk kepada kebenaran anda;
    • dari analisa cara anda menggunakan dan mengurus akaun atau fasiliti anda dengan kami, dari transaksi yang anda buat dan/atau dari bayaran yang dibuat kepada atau daripada akaun atau fasiliti anda;
    • daripada rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di premis kami dan/atau rakaman telefon yang dibenarkan bagi pesanan perdagangan/pengesahan; dan/atau
    • daripada sumber lain yang berkenaan yang anda telah berikan kebenaran untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan anda dan/atau ia sebaliknya tidak dihadkan.
  3. Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda

    Selain dari yang dinyatakan di atas, kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk mana-mana tujuan berikut oleh entiti di dalam Kumpulan AFFIN (jika perlu):

    • untuk menjalankan pengenalpastian peribadi dan latar belakang pemohon untuk tujuan pemprosesan permohonan;
    • untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui pemeriksaan rujukan kredit;
    • untuk mengurus dan mengekalkan akaun dan fasiliti anda dengan kami;
    • untuk menguruskan perniagaan kami dan perhubungan anda dengan kami;
    • untuk lebih memahami keperluan dan keadaan kewangan semasa anda dan yang akan datang;
    • untuk menyediakan anda dengan maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan/atau tawaran pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda;
    • untuk menjalankan tinjauan tentang hubungan anda dengan kami atau produk dan perkhidmatan semasa/masa hadapan kami
    • untuk memperbaiki produk dan/atau perkhidmatan kami dan untuk membangunkan produk dan/atau perkhidmatan yang baru;
    • untuk menghubungi anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan/atau perkhidmatan;
    • untuk menguruskan tawaran, pertandingan dan promosi;
    • untuk membalas pertanyaan, maklum balas dan aduan anda;
    • untuk mengemaskini, menyelaraskan dan memperbaiki ketepatan rekod kami;
    • untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dikumpulkan tanpa maklumat peribadi atau diagregat dengan cara yang tidak mengindentifikasikan anda sebagai seorang individu;
    • untuk menjalankan penyelidikan untuk tujuan analitik termasuk tetapi tidak terhad kepada perlombongan data dan analisis transaksi anda dengan kami;
    • untuk memenuhi keperluan pendedahan termasuk laporan seperti yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang yang mengikat Kumpulan AFFIN;
    • untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
    • untuk menilai risiko-risiko kewangan dan bukan kewangan;
    • untuk memindah, menyerah atau melindungi hak, kepentingan dan tanggungjawab kami di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami;
    • untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapatkan kembali sebarang hutang yang terhutang kepada kami dan/atau merealisasikan sebarang sekuriti yang dicagarkan untuk pemungutan hutang;
    • untuk menjalankan penilaian, pelaksanaan pematuhan, saringan dan pemeriksaan kawal selia (contoh: Pencegahan Pengubahan Wang Haram atau Notis Dasar Pertukaran Asing, dan sebagainya);
    • untuk pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
    • untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan dan/atau garis panduan;
    • untuk sebarang tujuan lain yang berkaitan dengan atau berkaitan dengan perniagaan atau urusan Kumpulan AFFIN; dan/atau
    • untuk tujuan lain yang berkaitan, tambahan atau lanjutan kepada tujuan di atas.
  4. Pendedahan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga

    Sebagai sebahagian daripada penyediaan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda dan pengurusan dan/atau operasi berkenaan dengannya, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda (setakat yang perlu) kepada pihak – pihak ketiga seperti berikut:

    • entiti lain dalam Kumpulan AFFIN;
    • syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai rakan kongsi strategik, ejen, penasihat professional, sekutu, penyedia perkhidmatan, peniaga, peguam cara dan/atau mana-mana pihak lain yang kami mungkin ada perniagaan atau urusan Bersama di bawah tanggungjawab kerahsiaan kepada Kumpulan AFFIN;
    • syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan/atau sebaliknya bagi memenuhi transaksi yang anda minta;
    • syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan tambah nilai yang anda minta;
    • penasihat anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, penilai, pentaksir, juruaudit, peguam, penasihat kewangan atau penasihat profesional yang lain) seseorang yang dibenarkan oleh anda;
    • pihak atau individu yang diberi kuasa dan dipersetujui, oleh anda (bergantung kepada keadaan, tertakluk kepada kelulusan oleh entiti di bawah Kumpulan AFFIN);
    • mana-mana pihak ketiga disebabkan oleh penstrukturan semula fasiliti yang diberikan kepada anda atau penjualan hutang, atau pemerolehan atau penjualan mana-mana entiti dalam Kumpulan AFFIN, dengan syarat bahawa mana-mana penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama ia pada asalnya dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami;
    • mana-mana pihak ketiga yang mengambil bahagian atau sebaliknya terlibat dalam pelaksanaan usaha wajar yang diluluskan oleh lembaga pengarah dari entiti dalam Kumpulan AFFIN berkaitan dengan penggabungan dan pemerolehan, pelaksanaan peningkatan modal atau penjualan aset atau perniagaan, secara keseluruhan atau sebahagian;
    • mana-mana penjamin atau pemberi sekuriti untuk fasiliti yang diberikan oleh kami kepada anda atau mana-mana pihak ketiga yang terlibat atau berjanji untuk menyelesaikan hutang anda yang berhutang kepada kami atas permintaan atau kebenaran anda;
    • mana-mana agensi penarafan, penanggung insurans atau broker insurans atau pembekal perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;
    • mana-mana institusi kewangan, peniaga, Persatuan Perkhidmatan Antarabangsa VISA, MasterCard International Incorporated dan/atau persatuan kad lain yang berhubungan dengan mana-mana kad kredit dan/atau kad debit yang dikeluarkan kepada anda oleh kami;
    • mana-mana orang yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak, kepentingan dan kewajipan kami di bawah perjanjian anda dengan kami;
    • mana-mana pegawai penyiasat yang diberi kuasa di bawah undang-undang bertulis atau perintah mahkamah untuk menyiasat atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menjalankan pendakwaan;
    • mana-mana pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang diberi kuasa untuk menerima dokumen atau maklumat tersebut; dan/atau
    • badan-badan kawal selia seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia Securities Berhad, Bursa Malaysia Derivatives Berhad, pusat penjelasan dan badan kawal selia atau badan kerajaan yang lain yang mempunyai penyeliaan ke atas kami atau aktiviti-aktiviti kami.

    Semua pihak yang disebut dalam fasal di atas bermungkinan akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada syarikat-syarikat dalam kumpulan syarikat mereka, sekutu-sekutu dan para pengarah mereka, pemegang-pemegang saham, para pekerja syarikat berkenaan dan sekutu-sekutu, para penasihat profesional, para pembekal perkhidmatan, rakan-rakan strategik, pihak pengawal selia dan pihak- pihak lain berdasarkan pada "asas perlu tahu" yang mana pihak-pihak ini mungkin mempunyai perniagaan atau urusan dengan mereka berdasarkan keperluan untuk melaksanakan kewajipan mereka untuk Kumpulan AFFIN atau dikehendaki oleh undang-undang dan/atau peraturan.

    Perkara di atas adalah tertakluk pada setiap masa kepada undang-undang (termasuk peraturan, standard, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan entiti di bawah Kumpulan AFFIN.

  5. Pendedahan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan promosi langsung

    Selain itu, entiti dalam Kumpulan AFFIN, peniaga pihak ketiga kami dan/atau rakan kongsi strategik (“Pihak yang Dibenarkan”) boleh menghubungi atau menghantar anda tentang produk, perkhidmatan dan tawaran promosi, yang kami percaya mungkin menarik minat anda atau memberi manfaat kepada anda dari segi kewangan, tertakluk kepada kebenaran eksplisit anda yang membenarkan perkongsian maklumat peribadi anda kepada Pihak yang Dibenarkan untuk tujuan pemasaran dan promosi langsung yang berkaitan (“Kebenaran”).

    Anda boleh mengemas kini atau menukar Kebenaran anda (iaitu membenarkan atau tidak membenarkan) pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami. Arahan bertulis terkini anda kepada kami akan diguna pakai.

  6. Pendedahan maklumat peribadi anda dalam situasi berkecuali

    Selain dari seperti yang dinyatakan di atas, kami akan mengendalikan maklumat peribadi anda sebagai sulit dan peribadi dan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa dari luar entiti di bawah Kumpulan AFFIN kecuali:

    • di mana anda telah memberikan kebenaran;
    • di mana kami diperlukan atau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang- undang dan/atau peraturan;
    • di mana yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa (sama ada melalui undang-undang atau kontrak) ke atas entiti di bawah Kumpulan AFFIN;
    • di mana kami mungkin memindahkan hak dan kewajipan kami di bawah perjanjian kontrak yang antara anda dan entiti dalam Kumpulan AFFIN; dan/atau
    • di mana kami diperlukan untuk memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak pengawal selia yang berkenaan.
  7. Keselamatan maklumat peribadi anda

    Kumpulan AFFIN meletakkan kepentingan yang utama untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi anda. Kami akan dari semasa ke semasa mengkaji semula dan melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang terkini apabila memproses maklumat peribadi anda.

    Pekerja-pekerja Kumpulan AFFIN adalah dilatih untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan selamat dan dengan kerahsiaan yang ketat, di mana kegagalan membuat demikian mereka akan tertakluk kepada tindakan disiplin.

    Kami juga mengenakan pematuhan kepada Notis Privasi ini ke atas rakan kongsi strategik, ejen, penasihat profesional, sekutu, penyedia perkhidmatan, peniaga, peguam cara dan/atau mana-mana pihak lain yang mempunyai perniagaan atau urusan dengan kami. Ini adalah untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda dijaga daripada kehilangan, penyalahgunaan, perubahan, pendedahan atau kemusnahan tanpa kebenaran dan tidak disengajakan.

  8. Penyimpanan maklumat peribadi anda

    Kumpulan AFFIN akan menyimpan maklumat peribadi anda berdasarkan pematuhan kepada Notis Privasi ini dan/atau terma-terma dan syarat-syarat dalam perjanjian anda bersama entiti di bawah Kumpulan AFFIN:

    • untuk tempoh hubungan anda bersama kami;
    • untuk tempoh setakat diperlukan untuk melindungi kepentingan-kepentingan Kumpulan AFFIN dan/atau pelanggan-pelanggan walaupunhubungan anda bersama kami telah tamat atau ditamatkan;
    • apabila diperlukan berdasarkan undang-undang dan/atau peraturan; dan/atau
    • apabila diperlukan berdasarkan polisi Kumpulan AFFIN yang relevan.
  9. Bagaimana jika maklumat peribadi yang anda berikan adalah tidak lengkap?

    Di mana ia dinyatakan, ia adalah wajib untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada kami bagi membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk dan/atau perkhidmatan kami. Jika anda enggan memberikan maklumat peribadi yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan atau permintaan anda atau membekalkan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan kami.

    Anda perlu memberitahu kami jika terdapat sebarang perubahan ke atas maklumat peribadi anda, jika tidak, maklumat peribadi anda terkini yang dikemukakan oleh anda adalah digunapakai.

  10. Hak anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda

    Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami. Sila ambil maklum bahawa anda boleh mengakses maklumat peribadi anda di bawah pemilikan entiti yang berkaitan di bawah Kumpulan AFFIN dengan membuat permintaan melalui Borang Permintaan Akses yang boleh didapati di mana-mana cawangan kami.

    Sila ambil perhatian bahawa mana-mana entiti yang berkaitan di bawah Kumpulan AFFIN mungkin perlu menahan akses kepada maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta adalah bersifat komersial yang sulit atau sekiranya kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memberitahu anda akan sebab-sebab kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.

    Jika permintaan mengakses data anda berjaya dan anda berpendapat bahawa maklumat peribadi yang dipegang oleh kami tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau jika berkaitan, bukan terkini, anda boleh membuat permintaan untuk membetulkan maklumat peribadi tersebut.

    Anda juga boleh membantu kami untuk memastikan maklumat peribadi anda (seperti alamat surat-menyurat terkini anda) dikemaskini, kerana ia akan membolehkan kami melayani anda dengan lebih baik.

    Sekiranya anda ingin membetulkan atau mengemaskinikan maklumat peribadi anda yang diberikan kepada kami sebelum ini, sila tulis atau maklumkan kepada kami di alamat yang disediakan di bawah. Kami akan berusaha secara munasabah untuk membetulkan maklumat peribadi anda dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permintaan bertulis anda.

    Untuk pelanggan perdagangan sekuriti, sekiranya anda ingin membetulkan atau mengemaskini maklumat peribadi anda yang terdahulunya diberikan kepada kami, sila hadir secara peribadi ke mana-mana cawangan broker saham AHIBB untuk membuat permintaan bertulis bagi membetulkan atau mengemaskini maklumat peribadi anda untuk mengelakkan sebarang pembetulan atau kemaskini yang tidak tepat dan palsu. Bagi pelanggan lain, sila berhubung dengan pegawai yang menjaga akaun atau kemudahan anda dengan kami.

    Sila ambil perhatian bahawa mana-mana entiti yang berkaitan di bawah Kumpulan AFFIN mungkin menggunakan budi bicaranya dalam membenarkan pembetulan atau pengemaskinian yang dipinta atau mungkin memerlukan dokumen keterangan yang lanjut mengenai maklumat baru tersebut bagi mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan.

  11. Membuat pilihan berkaitan pendedahan dan penggunaan maklumat peribadi anda

    Sentiasa tertakhluk kepada hak dan kewajipan kami di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan; anda boleh membuat pilihan yang diperuntukan kepada anda berkenaan dengan pendedahan, penyimpanan dan penggunaan maklumat peribadi anda oleh Kumpulan AFFIN. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi dan/atau membuat permintaan bertulis kepada Pengurus Cawangan di mana akaun anda di buka atau pejabat berkaitan dengan entiti di bawah Kumpulan AFFIN atau Pusat Perhubungan kami seperti berikut:

    Pengurus Pusat Perhubungan
    Level 3, Blok C, Menara Glomac
    Kelana Business Centre
    97, Jalan SS7/2 47301 Kelana Jaya, Selangor
    Tel: 03 - 8230 2222

  12. Pertanyaan atau aduan berkenaan maklumat peribadi anda

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini atau cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila hubungi kakitangan yang disebut di atas.

  13. Penyemakan semula Notis Privasi

    Notis Privasi ini barangkali akan disemak semula dan/atau dipinda dari semasa ke semasa. Notis Privasi yang terkini akan dilampirkan di dalam laman web kami www.affingroup.com atau www.affinhwang.com dan/atau akan dimaklumkan kepada anda melalui kaedah komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh kami. Sekiranya anda terus menggunakan produk dan/atau perkhidmatan kami, anda akan dianggap telah bersetuju kepada perubahan tersebut.

Affin Bank Logo